Tuesday 23 June 2015


My Biodata



NAMA:   Nurul Fazlina binti Baharudin

MATRIK: A 143730

PROGRAM:  Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (dengan Kepujian)

SEM:  Sem 2 Tahun 2

TUTORIAL:  GGGE2123

MASA:  3.00pm - 6.00pm

TEMPAT:  Dewan Kuliah Utama, Tingkat 5, Blok Pendidikan, PPUKM

EMAIL:  selamberjerk@yahoo.com

FACEBOOK:  Nurul Fazlina Baharudin

NO TEL:  019-5552410

ALAMAT KOLEJ:  Fakulti Perubatan, PPUKM

ALAMAT RUMAH:  Taman Sri Endah, Sri Petaling, Kuala Lumpur

Thursday 18 June 2015

Keburukan teknologi dalam bidang pendidikan


Sesuatu penciptaan atau inovasi itu mesti ada kebaikan dan keburukan. Begitu juga dengan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Perkembangan teknologi banyak membantu dalam dunia pendidikan, namun ianya juga membawa beberapa keburukan. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan teknologi komunikasi seperti internet dikalangan pelajar dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang banyakdi internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, hasutan, khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan di Amerika yang mendapati 48% guru sukar mencari  laman web yang sesuai untuk proses pengajaran dalam kelas.

Kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana seperti yang kita tahu, medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatan supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan yang disajikan oleh teknologi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepada pelajar.

Boleh dikatakan, dewasa ini, pelajar tidak lagi kreatif dalam memberikan idea-idea sendiri dalam menyelesaikan sesuatutugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer telah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu mudah dengan hanya menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan 'copy and paste'. Semua kerja sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawa kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukan dimana pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk dihadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan bersosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka juga kurang memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan pembangunan kejayaan mereka.

Masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka 'copy paste' maklumat yang dicari dari internet tanpa menyedari samada ia telah melanggar hak-hak pengeluar maklumat tersebut.  Masalah ini diburkkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senang diperolehi oleh seseorang pelajar dengan hanya satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar maklumat tersebut.

Selain itu, teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakkan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangan kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer. 

Masalah komunikasi dan plagiarisme juga boleh berlaku dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Dari segi komunikasi, terutamanya mereka yang mengikuti program pendidikan jarak jauh, masalah komunikasi antara pelajar dengan pensyarah mungkin wujud kerana mereka dijarakkan dengan sebuah komputer. Ia boleh menggalakkan komunikasi yang pasif antara pelajar dan pensyarah mereka. Fikirkan seorang pensyarah yang terpaksa berhadapan dengan banyak pelajar dalam satu masa melalui komputer, dia tidak mungkin dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada seseorang pelajar dan menjawab persoalan yang dikemukakan dalam masa yang sama.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin meluas pada masa kini. Ia dapat memberi kesan terhadap apa yang dipelajari dan bagaimana pelajar dapat menggunakan hasil carian mereka. Oleh itu kesan baik dan buruk penggunaan teknologi dalam pendidikan harus dipertimbangkan sebelum perlaksanaannya. Persoalan seperti dimana dan bagaimana kita menggunakan teknologi maklumat harus dijawab dan bukannya kita harus atau tidak harus menggunakannya.


















          




Wednesday 17 June 2015

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI



WRIST TYPE BLOOD PRESSURE MONITOR


Wrist type Blood Pressure Monitor ini adalah satu alat untuk memeriksa tekanan darah seseorang setiap hari bagi tujuan pemerhatian sendiri di rumah. Alat ini kecil dan mudah dibawa kemana-mana dan boleh digunakan dengan menggunakan kuasa bateri. Ianya sangat berguna dan memberikan bacaan yang cepat dan tepat tentang tekanan darah seseorang. Ianya memaparkan bacaan sistolik dan distolik serta kadar denyutan jantung.



SNOREPIN


Snorepin adalah sejenis alat yang dicipta untuk seseorang yang mengalami Apnea. snorepin membantu untuk membuka saluran permafasan atau memulihkan masalah berdengkur pada waktu malam, malah mampu melindungi paru-paru daripada jangkitan kuman. Alat tersebut hanya perlu dimasukkan ke dalam lubang hidung dimana ia membantu membuka ruang hidung pesakit. Pin telah dibentuk untuk keselesaan dan juga mempunyai belahan dimana membenarkan bulu hidung anda untuk melakukan kerja dengan menapis udara anda bernafas ke dalam paru-paru.




ASPIVENIN


Di Malaysia, masyarakatnya sangat sinonim dengan aktiviti-aktiviti fizikal luar rumah seperti berkhemah, jungle trekking, BBQ dan sebagainya yang terdedah kepada serangan serangga dan binatang berbisa. Kesan gigitan akan membawa kepada masalah yang kecil seperti gatal-gatal sehingga boleh membawa maut. Ketika dihutan, sekiranya seseorang terkena sengatan kala jengking, rawatan segera amatlah diperlukan. Oleh yang demikian, ASPIVENIN adalah satu inovasi terbaru yang boleh digunakan membantu mengeluarkan bisa dan melegakan kesakitan. Ianya mampu menghilangkan kesan-kesan gejala selepas gigitan serangga dan binatang berbisa seperti kesakitan, kegatalan dan kerengsaan. Cara menggunakan aspivenin adalah dengan meletakkan muncung (nozzle) alat tersebut pada kawasan yang terkena gigitan, kemudian tarik sahaja omboh (piston) ke atas. Prinsip tekanan yang digunakan akan menyebabkan bisa serangga berkenaan akan berjaya ditarik keluar dari tisu kulit. Aspivenin adalah sesuatu yang mudah dibawa, mudah disimpan, boleh digunakan berulang kali dan ianya sangat ringan.




RAZORPIT



Razorpit adalah alat inovatif yang membolehkan anda mencukur dengan satu pisau cukur anda lebih dari seratus kali. Dengan mengasah pisau cukur hanya dalam masa beberapa saat sahaja, anda dapat menggunakan pisau cukur itu seakan-akan ianya adalah pisau yang baru. Peranti kecil memerlukan hanya gel sedikit dan anda hanya perlu menolak pisau cukur terhadap permukaan kira-kira lima kali untuk membuang kulit mati dan rambut dari bilah. Alat inovatif dengan semua jenis pisau cukur termasuk model gillette dan boleh didapati dalam warna hitam untuk lelaki dan pink untuk wanita. Harganya cuma rm74.





NEEDLE FREE INJECTOR



Needle Free Injector adalah alat yang mesra pengguna. Ia direka khas untuk memberi lebih keselesaan kepada para pesakit atau pengguna yang kerapkali menggunakan jarum untuk tujuan perubatan. Semasa penciptaan alat ini, tumpuan khas telah diberi bukan sahaja dari segi keselamatan dan kecekapan, tetapi juga memikirkan keselesaan penggunanya di mana alat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan takut seseorang terhadap jarum suntikan. Kajian telah dilakukan dan terbukti ianya mudah dan selamat digunakan samada untuk pesakit dan pengamal perubatan.




SILICONE TOE



Silicone toe adalah satu inovasi yang digunakan untuk pesakit yang mengalami masalah Bunion. Bunion adalah masalah pada tulang dan tisu lembut kaki yang boleh menyebabkan rasa sakit yang berterusan dan keradangan. Bunion bermaksud benjolan, iaitu disisi ibu jari kaki atau jari kaki kecil menjadi lebih besar, seakan-akan seperti benjolan. Dengan penggunaan Silicone Toe, ia akan memberikan tekanan yang lembut dan berpanjangan dikawasan tekanan yang lembut dan berpanjangan dikawasan bunion tersebut. Dengan itu sakit akan dapat dikurangkan. Selain dari itu, pemakaian silicone toe dapat mengurangkan geseran dan kerengsaan. Tekanan yang dihasilkan juga akan membantu memberikan kelegaan kepada pesakit. Harganya adalah sekitar rm30.00.





ALAT PENGIMBAS LUKA


Produk ini adalah sistem pengurusan maklumat luka, yang pertama seumpamanya dan menggabungkan alat pengimejan yang tepat dan konsisten dimana ia boleh mengukur saiz luka. Ia juga mengintegrasikan imej luka dengan data penting yang lain untuk menyediakan rekod yang tepat dan lengkap serta membantu dalam proses penyembuhan luka pesakit. Alat ini boleh mengimbas dan menyimpan maklumat mengenai lebar dan kedalaman luka, yang membantu jururawat memantau penyembuhan luka dari masa ke masa. Produk ini mempunyai beberapa ciri lain seperti perisian untuk berkongsi maklumat luka dengan pasukan klinikal dan laporan rekod klinikal juga boleh menganalisis hasil penyembuhan luka pesakit.





MESIN OKSIGEN MUDAH ALIH


Mesin oksigen ini merupakan antara yang teringan dan terkecil di dunia serta boleh di bawa kemana-mana sahaja. Mesin oksigen ini hanya menggunakan bateri untuk berfungsi dan boleh dicas seperti telefon bimbit. Alat ini memudahkan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah pernafasan terutamanya ketika mereka melancong atau pergi ke tempat yang tidak mempunyai bekalan oksigen. Beg oksigen ini boleh disandang di atas bahu dan memudahkan para penggunanya untuk bergerak kemana-mana sahaja.





SIMPLEMED


Produk ini adalah bagi membantu orang-orang yang berumur atau mereka yang mempunyai masalah dalam mengingati waktu pengambilan ubat. Doktor, jururawat, ahli farmasi, atau pesakit sendiri boleh mengisi sendiri maklumat ke dalam SimpleMed pill box sehingga maksimum 4 dos sehari untuk seminggu. Sistem yang terdapat di dalam alat ini disambungkan melalui telefon ke pusat pemantauan, memberitahu pesakit dengan peringatan visual dan boleh didengar bahawa ia adalah masa untuk pengambilan pil.





SOOTHEAWAY



Sootheaway merupakan satu alat yang digunakan bagi merawat pesakit-pesakit yang mempunyai masalah sakit kepala atau migrain. Selain daripada itu, ia juga turut memberikan rawatan terapi sejuk atau panas. Alat ini diletakkan di tempat yang ingin dirawat seperti meletakkan alat ini di bahagian keliling kepala atau dahi. Ianya dapat melegakan sakit kepala atau migrain.








GAMBAR MODEL BBM BUKAN ELEKTRONIK







































10 VIDEO YOUTUBE TENTANG TEKNOLOGI DAN INOVASI


MOBILE STROKE UNIT




DENGUE FEVER VACCINE




FAST, PAINLESS BLOOD TESTING




CHOLESTEROL REDUCTION





ANTIBODY DRUG CONJUGATES





CHECKPOINT INHIBITORS





LEADLESS CARDIAC PACEMAKER





NEW DRUGS FOR PULMONARY FIBROSIS





RADIATION THERAPY FOR BREAST CANCER





NEW DRUGS FOR HEART FAILURE



http://www.slideshare.net/Redskaf38/ggge2123-teknologi-49939027